Bahulu adalah makanan tradisional yang telah wujud selama beberapa dekad dan sangat sinonim dengan rakyat Malaysia. Teksturnya lembut menyerupai kek madeleine tetapi sedikit garing di bahagian luar. Bahulu yang paling biasa adalah bahulu cermai, bersama dengan bahulu lain yang sukar sedikit didapati seperti bahulu gulung dan bahulu lapis. Bahulu adalah antara makanan ringan yang enak semasa minum teh.Â
Catatan: Semua item pra-pesanan akan mengambil masa 5-7 hari untuk dihantar kerana kek bahulu gulung hanya akan dibuat setelah kami terima pesanan. Kami tidak menyimpan stok untuk memastikan kesegaran produk.